Megan Mullally
Megan Mullally

Megan Mullally

Megan Mullally (lahir 12 November 1958) ialah seorang pelakon, pelawak, dan penyanyi Amerika Syarikat. Peranannya yang paling popular ialah sebagai Karen Walker dalam situasi komedi NBC berjudul Will & Grace. Untuk watak itu, beliau menerima 8 pencalonan Anugerah Emmy Primetime sebagai pelakon pembantu wanita terbaik dalam siri komedi. Beliau berjaya memenangi 2 daripada 8 pencalonan pada 2000 dan 2006. Megan juga menerima 7 pencalonan untuk Anugerah Screen Actors Guild untuk pelakon dengan pencapaian luar biasa untuk kategori siri komedi. Beliau berjaya memenangi 3 daripada 7 pencalonan itu pada 2001, 2002, dan 2003. Beliau juga menerima pencalonan Golden Globe sebanyak 4 kali.